Ideologi politik
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ramai parti politik mengatur tindakan dan program mereka berasaskan sebuah ideologi. Dalam kajian sosial, ideologi politik merupakan sekumpulan unggul, prinsip, doktrin, mitos atau simbol etika sesebuah gerakan sosial, institusi, darjat
atau golongan yang mengupas cara sesebuah masyarakat berfungsi, serta
menyediakan rangka politik atau budaya untuk sebuah order sosial
tertentu. Sebahagian besar ideologi politik menjelaskan cara mengagihkan
bidang kuasa dan had kuasa yang boleh digunakan.Ideologi politik mempunyai dua dimensi:
- Matlamat: Cara masyarakat berfungsi (atau diatur).
- Cara: Cara yang paling sesuai untuk mencapai aturan terunggul itu.
Ideologi juga dikenali melalui kedudukannya dalam spektrum politik (berhaluan kiri, kanan atau tengah), namun pengelasan ini tidak dipersetujui semua pihak. Ideologi juga boleh dibezakan melalui strategi politik (seperti populisme) atau berdasarkan isu tunggal (seperti penentangan terhadap pengintegrasian Eropah, atau pengesahan penggunaan marijuana sebagai sah di sisi undang-undang).
0 komentar:
Posting Komentar